Aktiviti

Berikut adalah perancangan aktiviti GEMARAK bagi sesi ini. Butiran lanjut mengenai setiap aktiviti akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Sila kunjungi laman ini untuk mendapatkan maklumat terkini aktiviti-aktiviti GEMARAK.

Aktiviti

Perancangan

Majlis Penghargaan bersama YAB Menteri Besar

Pertemuan antara YAB Menteri Besar Perak untuk merakamkan ucapan tahniah dan maju jaya kepada anak-anak Perak yang akan melanjutkan pelajaran ke luar negara

Sambutan Anak Perak di UK dan Ireland

GEMARAK akan mengkoordinasikan sambutan pelajar-pelajar yang akan sampai di seluruh UK dan Ireland seterusnya memberikan sokongan dari segala aspek yang diperlukan seawal menjejakkan kaki ke UK dan Ireland

Pertemuan Anak Perak

Pertemuan Anak Perak di UK dan Ireland secara berkala yang akan dijadikan medan suai kenal dan berbincang isu-isu berkaitan negeri Perak.

Perbincangan Berkala

GEMARAK bakal menjadi platform perbincangan dan sumbangan idea ke arah pemantapan negeri Perak.

Penyaluran Tenaga

GEMARAK akan menjadi salah satu medium untuk menyalur tenaga kerja kepada anak Perak yang akan pulang jika berminat untuk bekerja dengan anak syarikat kerajaan negeri

Penubuhan Think-tank

GEMARAK akan menubuhkan pasukan think-tanknya bagi membantu menyumbangkan sumbang-saran kepada kerajaan negeri

Pelancaran GEMARAK

GEMARAK berhasrat untuk melancarkan secara rasmi penubuhannya di United Kingdom oleh YAB Menteri Besar.

Seminar Perak 2010

GEMARAK bercadang untuk mengadakan satu “Conference on Perak 2010” di UK. Dijankakan 100 kertas kerja akan dibentangkan meliputi 3 aspek : Sosio-Ekonomi, Pentadbiran teknologi dan Pendidikan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: