Kenyataan Akhbar

jata-perak

PERAK

GEMARAK KESAL GMP HERET ISTANA

6 NOVEMBER 2008

Gabungan Ilmuan United Kingdom and Ireland (Gemarak) merafak sembah kepada DYMM Sultan Perak, Sultan Azlan Shah diatas titah baginda di Iskandariah tempohari. Titah Baginda sangat berketepatan mengikut Perlembagaan Persekutuan Negara berhubungan dengan hak-hak keistimewaan , kedudukan, kemuliaan ayau kebesaran Raja-raja Melayu, Agama Islam, bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaanm kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentinfan sah kaum-kaum lain.

Gemarak melihat pesanan Tuanku Sultan agar pihak-pihak yang berkepentingan dalam kuasa politik negeri berhenti dari mengeruhkan suasana dan terus memastikan kepentingan rakyat yang telah memilih kerajaan hari ini  terpelihara. Titah Tuanku itu juga menjurus kepada pihak-pihak tertentu yang ingin mengganggu gugat kestabilan Kerajaan Negeri Perak dibawah kepimpinan YAB Menteri Besar Dato Seri Ir Nizar.

Namun Gemarak merasa sedih kerana Gabungan Melayu Perak melalui Pengerusinya Datuk Seri Mohd Helmi Ismail dilihat seolah cuba mengheret Istana dalam masalah politik sempit yang melanda dikalangan beberapa siasah politik melayu tertentu. Sepanjang pemerhatian Gemarak, sejak kepimpinan kerajaan Negeri Perak bertukar nahkoda dari Tan Sri Tajol Rosli kepada Dato Seri Ir Nizar. Tidak berlaku sebarang permasalahan yang ketara. Usaha YAB Menteri Besar untuk menjadi Ketua Kerajaan Negeri kepada semua kaum dan bangsa adalah satu menifestasi perlembagaan Negara dan negeri tanpa mengenepikan terjemahan perlembangaan iaitu Islam sebagai agama rasmi dan ketuanan Melayu Islam sebagai tonggak pemacuan Negeri Perak.  Lebih menghairankan, bagaimana rombongan tersebut boleh hadir ke istana bersama kain rentang dan sepanduk seolah-olah ianya satu demonstrasi terancang oleh pihak penganjur. Gemarak memandang serius sebarang usaha pihak tertentu yang didalangi oleh tangan-tangan hitam disebalik GMP yang cuba menggangu-gugat kedaulatan Raja Berpelembagaan serta Islam sebagai Agama rasmi juga kebebasan beragama seperti mana yang termaktub dalam Perlembangaan Malaysia.

Istana sebagai benteng umat Islam dan Melayu adalah mercu tanda kegemilangan umat melayu. Oleh itu mari lah sama-sama kita pastikan agar  institusi Raja dipertahankan dari sebarang pengaruh politik sempit pihak yang berkepentingan dengan memastikan Institusi Raja kekal bebas dan adil untuk semua rakyat Perak.

RAJA AHMAD ISKANDAR RAJA YAACOB
Setiausaha
GEMARAK UK Ireland
Manchester, UK

PERAK

SOKONGAN TERHADAP PENDEKATAN PROFESIONAL ANTARA KERAJAAN PUSAT DAN NEGERI-NEGERI

30 OKTOBER 2008

Kenyataan Dato’ Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri untuk bersikap lebih professional di dalam menjalani hubungan antara kerajaan Pusat dan negeri-negeri sangat disokong.  Sikap professional ini tentunya berasaskan semangat federalism yang menjadi teras kepada pembinaan negara Malaysia sejak merdeka.  GEMARAK (Generasi Ilmuan Perak UK-Ireland) bersependapat dengan kenyataan tersebut walaupun terkilan kerana persoalan kouta haji kepada Menteri Besar Perak serta rombongannya dijadikan contoh.  Ini kerana setiap Menteri Besar sememangnya memiliki keistemewaan tersebut. Oleh itu, tidak timbul persoalan itu menjadi contoh keterbukaan atau professional kerajaan pusat terhadap kerajaan negeri.

Pendekatan professional antara kedua-dua belah kerajaan harus dicerminkan dalam pelaksanaan dasar yang tidak mengira kepentingan politik kepartian ataupun kelompok tertentu. Ini termasuk pemberian geran tahunan, kontrak, projek serta peluang-peluang perniagaan dan pelaburan seharusnya lebih diutamakan.  Melambat-lambatkan pemberian geran tahunan daripada kerajaan Pusat kepada kerajaan negeri adalah contoh yang pernah berlaku apabila wujud pendekatan tidak professional pemimpin kerajaan Pusat terhadap kerajaan negeri Kelantan suatu ketika dulu.

Memberikan gambaran bahawa pelabur akan lari sekiranya kerajaan negeri berlainan parti dengan kerajaan Pusat juga satu tindakan terkebelakang dalam menyahut saranan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.  Contoh di peringkat akar umbi pula adalah penggunaan dewan orang ramai seharusnya lebih terbuka. Pihak GEMARAK memuji tindakan majlis tempatan dan kerajaan negeri Perak yang membenarkan penggunaan dewan orang ramai dan daerah tanpa mengira parti. Ini termasuk mengadakan Mesyuarat Agung UMNO Bahagian.  Langkah ini tidak pernah diperolehi oleh parti-parti pembangkang sewaktu UMNO/BN memerintah negeri Perak.

Pihak kami juga percaya, pendekatan professional ini akan menguntungkan semua pihak dan seharusnya sebagai sebuah negara yang sedang membangun. Sikap tidak professional sesetengah pemimpin kerajaan pusat harus dibuang.  Ini bukan sahaja merugikan rakyat tetapi menunjukkan kedangkalan sesetengah pemimpin kerajaan.  Hasrat untuk bersikap dan melaksanakan hubungan yang lebih professional ini tentu disambut baik oleh semua pemimpin kerajaan negeri.

Kami juga percaya, semua pemimpin kerajaan negeri akan mengalu-alukan sikap keterbukaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Semoga terdapat menteri-menteri lain mengambil sikap dan tindakan yang lebih kondusif. Semoga akan wujud satu situasi politik matang yang berasaskan pertimbangan fikiran yang rasional di negara kita.

MUHAIMIN SULAM
Pengerusi
GEMARAK UK Ireland
Wales, UK

PERAK

TUBUH SEGERA MAJLIS PEMANTAU/HISBAH

22 OGOS 2008

Generasi Ilmuan Perak (GEMARAK) United Kingdom dan Ireland menaruh keyakinan yang jitu dengan pentadbiran dan ketelusan Kerajaan Negeri Perak dibawah kepimpinan YAB Dato’ Seri Ir Hj Mohd Nizar Jamaludin. Insiden yang dimomokkan didada media elektornik dan cetak tempatan berkenaan isu penahanan reman 2 orang Exco Kerajaan Perak kelmarin tidak menggambarkan berlakunya salah guna kuasa oleh dalam kerajaan negeri yang ada. Gemarak juga bersetuju dengan langkah Kerajaan Negeri Perak untuk mengguna pakai ‘ YOU ARE NOT GUILTY UNTIL YOU PROVEN GUILTY’; ‘kamu tidak bersalah selagi mana kamu telah didapati bersalah’. Adalah keterlaluan untuk kita mengambil tindakan drastik dengan menggantung tugas seseorang hanya kerana media tempatan menggambarkan seolah-olah mereka yang ditahan untuk siasatan sudah pun bersalah sedangkan tiada sebarang pertuduhan dan kes yang jelas dari pihak berwajib dikeluarkan lagi.

Oleh yang demikian, GEMARAK menyarankan supaya kerajaan negeri mengambil langkah jitu dengan menubuhkan segera Majlis Hisbah (Ombudsman Council) yang dianggotai oleh semua pihak dalam memastikan perjalanan pentadbiran kerajaan negeri lebih efisen dan efektif tanpa sebanrang gangguan dan campur tangan pihak tertentu.

Dengan mengambil  konsep yang dilaksanakan oleh Kerajaan Terengganu dahulu yang di Pengerusikan oleh Tun Saleh Abas dahulu.GEMARAK melihat dengan suasana yang yang begitu kondusif sekarang ini, Kerajaan Perak dibawah Pakatan Rakyat perlu mempercepatkan penubuhan Majlis Hisbah Negeri untuk mengefektif dan mengefesiankan lagi pengurusan kewangan negeri . Kejayaan Kerajaan Terengganu dibawah kepimpinan mantan Menteri Besar dahulu, Dato Seri Haji Abdul Hadi Awang melaksanakan sistem Hisbah adalah satu kunci azimat akan integriti pengurusan kewangan kerajaan negeri Terengganu dahulu. Adalah diharapkan dengan perlaksanaan Majlis Hisbah ini, perjalanan Kerajaan Negeri Perak dibawah YAB Dato Seri Ir Nizar yang sememangnya telus dan berwibawa  mampu untuk memberikan keadilan sosial buat rakyat tanpa mengira kedudukan dan status secara keseluruhannya bagi jangka masa yang mendatang.

Gemarak mengharapkan dengan cadangan ini, pelan tindakan jangka panjang yang berstrategik mampu dihasilkan  dan boleh menghindari daripada berlakunya ketirisan dalam pengurusan kewangan negeri yang akhirnya boleh mengakibatkan ketidakstabilan ekonomi dan kesan negative kepada rakyat umumnya.

RAJA AHMAD AL-HISS
Setiausaha
GEMARAK UK Ireland
Salford, UK

PERAK

HARGAI MANDAT RAKYAT

30 JULAI 2008

Generasi Ilmuan Perak United Kingdom Ireland, (GEMARAK) memandang serius atas diatas kehangatan percaturan politik tanah air terutamanya di Perak. Kenyataan YB Tan Sri Tajol Rosli menawarkan pembentukan kerajaan baru diantara Umno dan PAS adalah satu bentuk pembelian prisip yang tidak bermaruah.

Sebagai sebuah badan yang non-partisan, Gemarak mengalu-alukan sebarang bentuk perbincangan dan pertemuan untuk kebaikan rakyat negeri Perak khususnya. Walaubagaimanapun Gemarak melihat mandat dan amanah yang diberikan oleh rakyat perlulah diselenggarakan secara berhemah dan teliti. Keputusan Pilihanraya Umum Malaysia ke 12 baru-baru ini secara jelas telah menzahirkan suara rakyat Perak apabila Kerajaan sedia ada dibawah YAB Dato Seri Nizar mendapat sebanyak 442660 undi DUN (52.45%) berbanding Barisan Nasional yang memperolehi  399 565 undi DUN (47.34%), dan undi  di peringkat Parlimen, Pakatan rakyat memperolehi 449193 undi (53.32%) berbanding Barisan Nasional 391461 undi (46.47%).

Secara matematiknya pun sangat jelas bahawa rakyat Perak berkehendakkan Pakatan Rakyat yang didokongi oleh PAS, PKR dan DAP sebagai kerajaan untuk memimpin mereka selepas pilihanraya ke 12 ini. Oleh itu Gemarak berharap, para pemimpin Kerajaan Pakatan Rakyat Perak perlulah senantiasa berwaspada akan mandat yang diberi oleh rakyat Perak untuk bersama Kerajaan Pakatan Rakyat. Walaupun demokrasi membenarkan sebarang bentuk perbincangan dan perundingan. Namun demokrasi ala-Malaysia perlulah diselangi dengan asas akhlaq dan prinsip perjuangan. Kerajaan Pakatan rakyat perlulah menilai mandat rakyat yang berani membuat perubahan ekslusif baru-baru ini. Pilihan rakyat Perak  untuk menjadi rakyat dibawah Kerajaan Pakatan Rakyat juga mendapat perkenan Kebawah Duli Sultan Perak, selaku pemerintah Negeri Perak. Oleh hargailah mandat rakyat Perak.

RAJA AHMAD AL-HISS
Setiausaha
GEMARAK UK Ireland
Manchester, UK

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: