Majlis Penghargaan Pelajar bersama YAB Menteri Besar

22 08 2008

Assalamualaikum wrt dan Salam Sejahtera.

Suka cita dimaklumkan, Gemarak dengan sokongan penuh kerajaan Negeri Perak dan Yayasan Perak bakal menganjurkan  satu majlis penghargaan bagi merakamkan ucapan tahniah dan selamat maju jaya kepada anak-anak Perak yang bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara. Program julung kali anjuran GEMARAK ini bertujuan menjalinkan hubungan silaturrahim antara pelajar, ibu bapa dan jawatankuasa kerja GEMARAK yang dianggotai oleh pelajar-pelajar anak Perak yang kini menuntut di seluruh United Kingdom dan Ireland. Selain itu, program ini juga diharapkan dapat mempereratkan lagi hubungan anak-anak Perak di luar negara dengan Kerajaan Negeri Perak yang diterajui oleh YAB Ir. Dato’ Seri Hj. Nizar Jamaluddin seterusnya membuka ruang bagi mewujudkan sinergi yang baik antara kedua-dua pihak demi manfaat seluruh rakyat negeri tercinta ini.  Mudah-mudahan program sulung GEMARAK ini bakal menjadi titik tolak kepada sumbangan dan peranan yang lebih besar oleh GEMARAK dalam membantu kerajaan dan rakyat Negeri Perak khususnya dalam bidang pendidikan dan pembinaan insan.

Berikut adalah butiran mengenai program:

Hari dan Tarikh : Khamis, 28hb Ogos 2008

Masa : 4.45 petang

Tempat : Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak

Pakaian : Kemas kasual

 

Anak-anak Perak yang kini menuntut di United Kingdom dan Ireland dijemput hadir memeriahkan majlis. Untuk mendaftar dan mengesahkan kehadiran sila hubungi Koordinator program, Anasz Muhammad Sufyan di talian +60134232826 atau di alamat email anas50210@yahoo.com.

Harap maklum. Terima Kasih.

 

“Bersama Gemakan Suara Anak Perak”

Koordinator Gemarak


Actions

Information

One response

20 09 2008
mie

salam,,xde berita terbaru?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: