Berita Gemarak: Perak sediakan RM2 juta bantu pelajar ke IPTA

8 08 2008

IPOH, 27 Julai – Kerajaan Negeri Perak telah meluluskan peruntukan RM2 juta membantu pelajar di negeri ini yang melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi awam (IPTA).
Iklan

Melalui peruntukan ini peruntukan ini ibubapa yang berpendapatan RM1500 sebulan layak mendapatkannya, kata Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ir Muhammad Nizar Jamaluddin.

“Kita cuma dapatkan sediakan RM2 juta untuk membantuqan anak anak Perak melanjutkan pelajaran ke IPTA bagi keluarga yang berpendapatan RM1500 sebulan.Inilah yang kita mampu berikan untuk tahun ini dan bantuan ini akan dikendalikan Yayasan Perak.”

Muhammad Nizar Jamaluddin berkata demikian semasa merasmikan Majlis Penyampaian Dermasiswa kepada 55 orang pertama yang terpilih di sini Sabtu 26 Julai.

Turut hadir di majlis itu, Pengerusi Yayasan Perak, Roslan Shahrom; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Dr. Abdul. Rahman Hashim; Exco pengajian ImageTinggi, Thomas Su; Ahli-Ahli Exco Kerajaan Perak; Adun Titi Serong Drs Khalil Idham Lim; Pengurus Besar Yayasan Perak, Jamil Mat Kasa; Ketua Sektor Pembangunan dan Kemanusiaan Jabatan Pelajaran Perak, Mohd Idris Ramli, dan Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Perak.

Mengulas lanjut, Mohammad Nizar berkata, yayasan akan bertindak adil dalam menyalurkan bantuan tersebut tanpa mengira ideologi politik dan kaum.

Yayasan katanya tidak memilih kasih dan bantuan ini diberikan sebagai penghormatan kepada mereka yang telah berjaya.

“RM2 juta ini adalah peruntukan dari belanjawan tambahan dari kerajaan yang baru kerana kita amat perihatin dengan permasalahan rakyat kesan dari kenaikan harga minyak,”


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: