Berita Gemarak : Anak negeri Perak di UK,Ireland tubuh Gemarak

8 08 2008

KUALA LUMPUR, 12 Julai – Golongan pelajar, profesional dan rakyat Malaysia yang bermastautin di United Kingdom berjaya menubuhkan Generasi Ilmuan Perak United Kingdom dan Ireland (Gemarak).

Gabungan tersebut telah dilancarkan di Manchester,United Kingdom pada Jun lalu hasil perbincangan bersama wakil kerajaan negeri Perak, Asmuni Awi dan sehingga kini mempunyai 35 orang ahli.

Gemarak diketuai penuntut pengajian doktot falsafah University of Wales, Lampeter, Muhaimin Sulam dan Raja Idris Raja Kamaruddin sebaga Penasihat Gemarak. Menurut Setiausaha Gemarak, Raja Ahmad Al-Hiss dalam kenyataannya kepada rakan media, Gemarak ditubuhkan sejurus selepas keputusan Pilihanraya Umum ke-12 dan ura-ura pembentukan sebuah kerajaan campuran di Perak.

Bagaimanapun katanya pengumuman penubuhannya ditangguhkan selepas keputusan mesyuarat jawatankuasa penajanya yang ingin melihat perkembangan perjalanan Kerajaan Perak yang ada sebelum memberi komitmen untuk menyokongnya.
Jelasnya, jawatankuasa penaja bersetuju untuk meneruskan penubuhannya setelah melihat kejayaan Dato’ Seri Nizar memimpin negeri dengan telus, adil dan saksama dan berwawasan. “Gemarak telah menyatakan komitmen mereka untuk membantu kerajaan baru Perak dalam pelbagai bidang. Kira-kira 10 ahli di kalangan Gemarak dijangka menamatkan pengajian pertengahan tahun ini dan dijangka akan kembali ke tanahair.

“Kebanyakan daripada kalangan mereka mempunyai pengalaman dan latar belakang profesional yang boleh membantu kerajaan negeri Perak yang baru mentadbir kerajaan selaras dengan matlamat dan situasi politik semasa di Perak,”katanya.
Raja Ahmad menyatakan Gemarak hanya akan bersifat sebagai badan penyokong kerajaan negeri Perak yang menyalurkan input berupa informasi dan bersifat bebas dari sebarang pengaruh kepartian dan sentimen tertentu.

Jelasnya, sebagai permulaan, sebuah ‘think tank’ akan menjadi mekanisme utama sebagai pemangkin kepada pengembelengan idea dan pandangan anak-anak Perak di perantauan memberikan pandangan dan cadangan kepada kerajaan Perak.

Sehubungan itu katanya, pihak Gemarak akan membuka keahlian khususnya kepada anak-anak Perak yang berada di United Kingdom dan Ireland untuk mendaftarkan diri tanpa mengira latar belakang dan fahaman politik.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: